Laman Utama


Friday, January 28, 2011

KURSUS ASAS PENGAWAS SEKOLAH BAGI TAHUN 2011

 
Badan Pengawas Sekolah dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling megadakan Kursus Asas Pengawas Sekolah  pada 29 Januari 2011 bertempat di bilik Seminar SMeKG. Seramai 70 orang pengawas lama dan baru telah menghadiri Kursus ini.
Barisan Pengawas Sekolah sedang kusyuk mendengar ceramah yang disampaikan
oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling SMekG.
Tentatif Program
8.00 pagi : Pendaftaran Peserta
8.30 pagi : Ceramah 1 (siapa Pemimpin ?)
9.30 pagi : Ceramah 2 (Komunikasi berkesan)
10.30 pagi : REHAT
11.00 pagi : LDK Organisasi Pengawas Sekolah
12.00 tengah hari : LDK Pengacaraan
1.00 tengah hari : Bersurai

Akulah Pemimpin Cemerlang
Semoga Kursus Asas Pengawas Sekolah ini dapat membantu pengawas sekolah bergerak seiring dengan moto, misi dan visi sekolah. Pihak sekolah mengharapkan pengawas-pengawas sekolah yang telah dilantik akan lebih bersistematik dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.
 Antara Tenaga Pendidik yang hadir semasa kursus berlangsung.Tuan Pengetua En Roszelan, PK HEM Tuan Hj Samsuddin,Guru Pengawas Sekolah Pn Haslizawati, Guru Pendidikan Khas En Muhammad Sidek, Guru ICT En Salezman Salleh, Guru Pusat Sumber Cik NorHafizah Hassan.Terima kasih kerana sudi hadir dalam menjayakan kursus ini.

LDK Organisasi Pengawas dan Pengacaraan