Laman Utama


Thursday, January 27, 2011

Career Talk Juara Rakyat

Pada 27 Januari 2011 bertempat di Dewan Utama dan Pusat Kokurikulum SMK Kampung Gelam telah berlangsung satu "SEMINAR CAREER TALK" JUARA RAKYAT dan PAMERAN KERJAYA yang dikelolakan oleh PARLIMEN TANGGA BATU dengan  kerjasama SMK Kampung Gelam. Seramai 900 orang peserta dikalangan murid sekolah dan guru pengiring dari SMK Seri Tanjong, SMK Klebang Besar, SMK Bukit Rambai, SMK Tun Haji Abdul Malek dan SMK Malim telah berkumpul di Dewan Utama untuk mendengar ceramah Kerjaya, Pameran Kerjaya dari Kolej-kolej dan perkongsiaan pengalaman berkaitan kejayaan-kejayaan Individu yang telah berjaya dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari manakala jam 3 petang adalah perasmiaan Penutupan "SEMINAR CAREER TALK" JUARA RAKYAT. 

SMK Kampung Gelam dan Unit Bimbingan dan Kaunseling merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada AJK Program Juara Rakyat Parlimen Tangga Batu,Guru-guru SMK Kampung Gelam, Guru-guru pengiring yang terdiri daripada Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Seri Tanjong, SMK Klebang Besar, SMK Bukit Rambai, SMK Tun Haji Abdul Malek dan SMK Malim, Kolej Komuniti, Institut Skill- Tech, murid-murid dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Tahniah dan Syabas di atas kerjasama yang dijalinkan.Semoga ikatan ukhwah ini akan terbina buat selama-lamanya.SEHATI MENGUKIR KECEMERLANGAN.